JENIS-JENIS LAN
Terdapat dua jenis LAN yang utama iaitu:
Pelanggan/Pelayan (Client/Server)
Server
atau komputer pelayan merupakan komputer yang mengawal sistem
rangkaian. Server mempunyai cakera keras yang menyimpan data dan
pencetak berkualiti tinggi yang digunakan oleh kesemua client atau
pelanggan yang berhubung dengannya. Client atau pelanggan merujuk kepada
semua komputer lain yang ada di dalam rangkaian yang sama. LAN jenis
ini bergantung kepada server untuk melakukan pemprosesan dan maklumat
yang telah siap diproses akan dihantar kepada setiap client. Server dan
client berkongsi dalam melaksanakan pemprosesan.
Sistem
operasi rangkaian pelanggan/pelayan membolehkan rangkaian melaksanakan
fungsi dan aplikasi secara berpusat dalam komputer pelayan. Komputer
pelayan menjadi nadi sistem dengan menyediakan kemudahan capaian ke
sumber dan mengurus aspek keselamatan sistem. Setiap stesyen kerja
mempunyai capaian kepada sumber (fail dan perisian aplikasi) yang
terdapat pada komputer pelayan. Sistem operasi rangkaian juga
menyediakan satu mekanisma untuk mengintegrasikan semua komponen
rangkaian dan membenarkan lebih daripada seorang pengguna berkongsi
secara serentak sumber yang sama tanpa mengira kedudukan fizikalnya.
Contoh sistem operasi rangkaian berasaskan sistem pelanggan/ pelayan yang popula antaranya ialah Windows NT dan Novell Netware.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar